Saturday, August 28, 2010

Pelapis KPA Berikrar Janji Setia HPA Pilihan Utama Halalan Toyyibah

Antara ikrar yang telah dilafazkan oleh para Pelapis KPA ialah:-
  • menajamkan serta menguasai ilmu perubatan jawi dan pengetahuan produk HPA,
  • mewujudkan jaringan mantap dan progresif,
  • memahirkan diri dalam komunikasi
Untuk menjadi Pengarah Jati Setia yang berwibawa dan berkepimpinan demi mencapai objektif, misi dan visi Herba Penawar Al Wahida (HPA).

Presiden Kelab Pelapis KPA Lancar Website

Ustaz Radzi menekan butang komputer 
sekaligus melancarkan website Pelapis
Positing pertama di Website Pelapis-
http://www.kelabpelapiskpa.blogspot.com/

Alhamdulillah, pada petang tadi, Ustaz Radzi Hj Ariffin telah melancarkan website Pelapis KPA-www.kelabpelapiskpa.blogspot.com. Dengan pelancaran website ini maka akan lebih mudahlah para ahli dan penyokong HPA mendapat maklumat terkini tentang perkembangan dan aktiviti Kelab Pelapis KPA.







Friday, August 27, 2010

Program Penghayatan Pelapis KPA Bersama GM

Pada hari Sabtu, 18hb Ramadhan 1431H bersamaan 28hb Ogos 2010 bertempat di Cawangan HPA Shah Alam, GM Al Wahida Marketing Sdn. Bhd., En Mohamad Faisol Abdul Rahman telah merasmikan Program Penghayatan Pelapis KPA Bersama GM. Program ini bertujuan untuk membincangkan peranan Pelapis dalam menyuntik nafas baru dalam perjuangan HPA. Ia juga bertujuan bagi membongkar permasalahan akar umbi akan kelesuaan yang sedang melanda para pengedar HPA di Malaysia.

Dengan suntikan semangat oleh GM, maka 30 orang Pelapis KPA telah memulakan 'retreat' untuk bercambah fikiran mencapai resolusi-resolusi yang bakal meledakkan lagi penjualan produk-produk HPA di pasaran. Semoga segala usaha-usaha ini akan menghasilkan kebaikan dan keberkatan dunia wa akhiroh.