Friday, September 24, 2010

MEGA PBC KEMBALI LAGI DI SHAH ALAM

Shah Alam yang dikenali sebagai Bandar Anggerik akan meriah lagi dalam bulan Oktober ini bila HPA akan mengadakan 2 program besar.

1. Perasmian Menara HPA IC  dan Halal Mall di Seksyen 13 Shah Alam pada 2 Oktober 2010

2. Program MEGA PBC di Hotel Depalma Seksyen 19 Shah Alam pada 23-24 Oktober 2010.

Program MEGA PBC yang dikendalikan oleh KPA untuk kali ke 3 ini akan mengundang penceramah dari pihak Syarikat sendiri seperti Pengarah Urusan Tn Hj Ismail, Pengurus Besar En. Mohd Faisol, Panel Syariah disamping kepimpinan dari KPA, KPU, KPS dan KPT.

Pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang melalui pemimpin masing-masing yang terdiri dari PJS, Pelapis PJS dan Jawatankuasa Komuniti di Cawangan.

Bayaran pendaftaran RM180 bolehlah dimasukkan kedalam akaun Setiausaha KPA Pn Nor Haida Rameli MAYBANK 1622 6336 7410. B

ukti pembayaran hendaklah dibawa semasa melapor diri antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi Sabtu 23 Oktober di ruang legar Hotel Depalma Shah Alam..

Thursday, September 23, 2010

Aturcara Majlis Perasmian Menara HPAic & Halal Mall - 2 Oktober 2010


Semua adalah di jemput datang beramai-ramai untuk menghadiri saat bersejarah Perasmian Menara HPA International Center (HPAic) & Halal Mall pada Sabtu, 2 Oktober 2010.


Aturcara tentatif adalah seperti berikut:-

8.00 Pagi - 9.00 Pagi
Kehadiran para Tetamu Jemputan & Pemberian Doorgift


9.00 Pagi - 9.30 Pagi
Ketibaan VVIP & VIP


9.30 Pagi
Menyambut Ketibaan Pengarah Urusan I Kumpulan Syarikat HPA
Ucapan Pengerusi Majlis
Doa Pembukaan Majlis
Bacaan Al Quran


10.00 Pagi - 10.35 Pagi
Ucapan Wakil PJS Malaysia
Ucapan Wakil Dari Indonesia
Ucapan Wakil Dari Thailand
Ucapan Wakil Dari Kemboja
Ucapan Wakil Dari Brunei



10.35 Pagi - 11.00 Pagi
Ucapan Perasmian Pengarah Urusan & Menandatangani Buku Sejarah HPAic
Penyampaian Cenderahati kepada Tetamu Kehormat (VVIP)


11.15 Pagi - 11.30 Pagi
Perasmian HPAic & HPA Halal Mall oleh Pengarah Urusan I Kumpulan Syarikat HPA bersama PJS HPA


11.30 Pagi - 2.30 Petang
Jamuan Makan & Solat


2.30 Petang - 4.00 Petang
Seminar Perdana di Dewan HPAic


Pembentangan Kertas Kerja 1 :
Produk Alkaradix Chlorophyl Drop dan Jelly Gamat Oleh Dr Zakaria

Pemebentangan Kertas Kerja 2 :
Prinsip Multilevel Marketing Syariah Oleh GM Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil


4.00 Petang - 5.00 Petang
Ceramah : Gagasan Ekonomi Ummah Oleh Ir. H. Heppy Trenggono M.Kom
Founder and CEO United Balimuda Group (Palm Oil Plantations, Consumer Goods)
President of Indonesian Islamic Business Forum (IIBF)

Monday, September 13, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI LEBARAN,AMPUN MAAF SILAP DAN SALAH DARI PRESIDEN KELAB PELAPIS KPA...

Monday, September 6, 2010

Pembentangan Pelapis Akhir Oktober 2010


Salam Ramadhan Kareem.

Antara resolusi Program Penghayatan Pelapis KPA pada 28 Ogos 2010 yang baru lalu ialah menyahut seruan dan arahan Tn Faisol Abd Rahman, GM Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. supaya setiap Pelapis memantapkan pengetahuan dengan membaca dan menghayati dua buah buku:-
1) MLM Syariah yang telah ditulis oleh Ustaz Adnan, Setiausaha Panel Syariah HPA dan
2) 10 Produk Terpilih yang telah ditulis oleh Tn Hj Ismail Ahmad

Dengan ilmu daripada kedua-dua buku di atas maka Pelapis akan dapat menyediakan diri dengan lebih baik lagi dalam proses menjadi PJS yang berketrampilan.

Bagi menekankan lagi peri pentingnya kedua-dua buku di atas, Ustaz Radzi selaku Presiden Kelab Pelapis KPA telah menyampaikan arahan daripada Tn Faisol supaya Pelapis membuat pembentangan kedua-dua buah buku di hadapan GM dalam masa terdekat. Oleh kerana buku 10 Produk Terpilih sedang dicetak buat masa ini, maka pembentangan di sasarkan akan di buat selepas tarikh perasmian HPA IC pada 2 Oktober 2010.

Sehubungan dengan itu Ustaz Radzi menyeru kepada mana-mana Pelapis yang sudah ada buku-buku tersebut untuk memulakan pengajian segera. Untuk membuat pesanan buku 10 Produk Terpilih bolehlah menghubungi terus Ustaz Radzi di talian 013-669 7491.

Wednesday, September 1, 2010

Tn Hj Ismail Menyuntik Semangat Peserta Mega PBC KPA



Alhamdulillah, pada 28-29 Ogos 2010, bertempat di DePalma Shah Alam telah berlangsung Mega PBC KPA Kali Ke 2. Seramai 200 peserta telah mengambil bahagian. Para peserta telah mendapat pengisian daripada saf penceramah yang hebat-hebat (sangat berpengalaman dan berilmu). Antaranya Ketua Panel Syariah, Ustaz Ahmad Bin Ali, Tn Mohammad Faisol Abd Rahman, GM Al Wahida Marketing Sdn. Bhd., Ustaz Mohamad Ibrahim (aka Ust MadChina), PJM Cikgu Murad dan PJS Rosmandi Ishak. PJS Hafidzan, Presiden KPA telah menjalankan amanah sebagai Pengarah program.


Sementara Tn Hj Ismail Ahmad, selaku Pengarah Urusan HPA telah menutup program dengan sesi Pengenalan Produk HPA. Beliau telah menyampaikan sesi ilmu selama hampir 2 jam lebih berkenaan produk-produk kecantikan & kosmetik. Sesi yang sangat informatif dan di selang seli dengan motivasi itu kelihatan telah menyentuh ramai peserta.

Sesi Tn Hj Ismail juga telah dihadiri oleh ahli-ahli Kelab Pelapis KPA. Antara pimpinan Pelapis yang hadir tediri dari Ust Radzi (Presiden), Sdr Jamil (Timb Presiden), Sdr Ismahali @ Isma (Setiausaha) dan Hj Hamzah (Bendahari).