Friday, August 27, 2010

Program Penghayatan Pelapis KPA Bersama GM

Pada hari Sabtu, 18hb Ramadhan 1431H bersamaan 28hb Ogos 2010 bertempat di Cawangan HPA Shah Alam, GM Al Wahida Marketing Sdn. Bhd., En Mohamad Faisol Abdul Rahman telah merasmikan Program Penghayatan Pelapis KPA Bersama GM. Program ini bertujuan untuk membincangkan peranan Pelapis dalam menyuntik nafas baru dalam perjuangan HPA. Ia juga bertujuan bagi membongkar permasalahan akar umbi akan kelesuaan yang sedang melanda para pengedar HPA di Malaysia.

Dengan suntikan semangat oleh GM, maka 30 orang Pelapis KPA telah memulakan 'retreat' untuk bercambah fikiran mencapai resolusi-resolusi yang bakal meledakkan lagi penjualan produk-produk HPA di pasaran. Semoga segala usaha-usaha ini akan menghasilkan kebaikan dan keberkatan dunia wa akhiroh.


No comments:

Post a Comment