Monday, September 6, 2010

Pembentangan Pelapis Akhir Oktober 2010


Salam Ramadhan Kareem.

Antara resolusi Program Penghayatan Pelapis KPA pada 28 Ogos 2010 yang baru lalu ialah menyahut seruan dan arahan Tn Faisol Abd Rahman, GM Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. supaya setiap Pelapis memantapkan pengetahuan dengan membaca dan menghayati dua buah buku:-
1) MLM Syariah yang telah ditulis oleh Ustaz Adnan, Setiausaha Panel Syariah HPA dan
2) 10 Produk Terpilih yang telah ditulis oleh Tn Hj Ismail Ahmad

Dengan ilmu daripada kedua-dua buku di atas maka Pelapis akan dapat menyediakan diri dengan lebih baik lagi dalam proses menjadi PJS yang berketrampilan.

Bagi menekankan lagi peri pentingnya kedua-dua buku di atas, Ustaz Radzi selaku Presiden Kelab Pelapis KPA telah menyampaikan arahan daripada Tn Faisol supaya Pelapis membuat pembentangan kedua-dua buah buku di hadapan GM dalam masa terdekat. Oleh kerana buku 10 Produk Terpilih sedang dicetak buat masa ini, maka pembentangan di sasarkan akan di buat selepas tarikh perasmian HPA IC pada 2 Oktober 2010.

Sehubungan dengan itu Ustaz Radzi menyeru kepada mana-mana Pelapis yang sudah ada buku-buku tersebut untuk memulakan pengajian segera. Untuk membuat pesanan buku 10 Produk Terpilih bolehlah menghubungi terus Ustaz Radzi di talian 013-669 7491.

No comments:

Post a Comment