Wednesday, September 1, 2010

Tn Hj Ismail Menyuntik Semangat Peserta Mega PBC KPA



Alhamdulillah, pada 28-29 Ogos 2010, bertempat di DePalma Shah Alam telah berlangsung Mega PBC KPA Kali Ke 2. Seramai 200 peserta telah mengambil bahagian. Para peserta telah mendapat pengisian daripada saf penceramah yang hebat-hebat (sangat berpengalaman dan berilmu). Antaranya Ketua Panel Syariah, Ustaz Ahmad Bin Ali, Tn Mohammad Faisol Abd Rahman, GM Al Wahida Marketing Sdn. Bhd., Ustaz Mohamad Ibrahim (aka Ust MadChina), PJM Cikgu Murad dan PJS Rosmandi Ishak. PJS Hafidzan, Presiden KPA telah menjalankan amanah sebagai Pengarah program.


Sementara Tn Hj Ismail Ahmad, selaku Pengarah Urusan HPA telah menutup program dengan sesi Pengenalan Produk HPA. Beliau telah menyampaikan sesi ilmu selama hampir 2 jam lebih berkenaan produk-produk kecantikan & kosmetik. Sesi yang sangat informatif dan di selang seli dengan motivasi itu kelihatan telah menyentuh ramai peserta.

Sesi Tn Hj Ismail juga telah dihadiri oleh ahli-ahli Kelab Pelapis KPA. Antara pimpinan Pelapis yang hadir tediri dari Ust Radzi (Presiden), Sdr Jamil (Timb Presiden), Sdr Ismahali @ Isma (Setiausaha) dan Hj Hamzah (Bendahari).

No comments:

Post a Comment